Monday, July 15, 2024

Merak Yang Sombong & Kura-Kura Jadian

 


DI sebuah hutan yang damai dan hijau, ada seekor merak yang sangat cantik dan anggun bernama Nyla. Dia mempunyai bulu-bulu berwarna-warni yang mengilat seperti permata dan suaranya yang merdu ketika ia bernyanyi. Nyla sangat bangga dengan kecantikannya yang dimiliki dan sering mengagumi dirinya sendiri di cermin air setiap hari.

Di sisi lain hutan, terdapat seekor kura-kura tua jadian bernama Paso. Penampilannya sedikit pelik daripada kura-kura biasa. Cengkerangnya yang berwarna putih dan matanya berwarna merah sudah cukup membezakan dia adalah kura-kura jadian.

Paso juga mampu bertahan jika tidak makan dan minum selama berbulan-bulan. Bukan itu saja, malah dia boleh mengubati haiwan lain yang demam hanya menggunakan belakang cengkerangnya dengan meletakkan wajah pada cengkerangnya selama beberapa saat demam akan sembuh.

Pasosering duduk di tepi kolam memperhatikan kehidupan di sekelilingnya.

Suatu hari, Nyla terbang dan singgah di atas kolam tempat Paso duduk. Dia melihat bayangan wajahnya di permukaan air dan tersenyum puas.

"Aku memang begitu cantik," katanya dalam hati.

Paso yang melihat Nyla datang, menyambutnya dengan ramah.

"Selamat pagi, Nyla. Apa yang membawa kamu ke sini hari ini?"

Nyla mengangkat kepala dengan angkuh.

"Oh, aku hanya datang untuk menikmati kecantikan alam ini dan melihat seberapa cantiknya aku di cermin air ini. Kura-kura tua seperti kamu, tidak faham tentang kecantikan aku."

Paso tersenyum.

"Kecantikan kamu memang mempesonakan, Nyla.

Terpesona Nyla apabila makin dipuji.

Namun ingatlah, kecantikan luaran bukanlah segalanya." kata Paso.

Nyla ketawa.

"Apa yang tahu tentang kecantikan sejati? Kamu hanya kura-kura tua yang pelik. Tetapi aku adalah yang tercantik di hutan ini!"

Paso hanya tersenyum dan berkata lembut.

"Kecantikan sejati bukan terletak pada fizikal semata-mata wahai merak yang angkuh. Kecantikan sebenar adalah dalam hati dan sikap yang baik. Fikirkanlah.”

Nyla hanya mengepakkan sayapnya dengan angkuh dan melayang pergi, meninggalkan Paso sendirian di tepi kolam.

Beberapa hari kemudian, cuaca di hutan berubah menjadi sangat panas dan kering. Kolam tempat merak bercermin diri juga mula mengering. Akan tetapi Nyla tetap berbangga dengan kecantikannya tanpa mempedulikan haiwan-haiwan lain. Sehinggalah dia mulai terasa kehausan dan gagal mencari air untuk minum. Bulu pelepahnya yang cantik juga mula gugur sehelai demi sehelai. Merak merasa sedih apabila kecantikannya mula hilang seri.


Dia merenungkan kata-kata kura-kura tua itu tentang kecantikan sejati.

"Apakah kecantikan yang sebenarnya?Cukupkah dengan kecantikan saja aku boleh hidup seperti ini?" gumamnya dalam hati.

Nyla merasa malu karena telah bersikap angkuh dan tidak peduli pada nasihat kura-kura tua itu.

Sambil terbang rendah di atas hutan yang gersang, Nyla akhirnya bertemu kembali dengan Paso yang sedang duduk di bawah pohon yang rimbun.

"Hai kura-kura tua yang baik hati." panggil Nyla dengan lembut.

“Aku terlalu haus kerana air di hutan ini sudah tiada. Bolehkah kau membantu aku mendapatkan air?”

“Mengapa? Kecantikan kau tidak boleh membantu kau mendapatkan air? Kesian…” perli Paso.

"Maafkan aku atas sikap aku yang sombong. Aku sedar bahawa kecantikan sejati tidak hanya dilihat dari luaran, tetapi juga dari sikap yang baik. Bantulah aku untuk mendapatkan air kerana aku terlalu haus. Bulu-bulu dibadan ku juga mulai rosak. Aku hampir nak sakit.”

Paso tersenyum.

"Baiklah, Nyla.

Kura-kura itu meminta si merak meletakkan wajahnya pada belakang cengkerangnya. Dengan sekelip mata merak yang dilihat tidak sihat terus berubah segar.

“Ikut kami bersama-sama mencari air.” kata Paso yang mengetuai misi mencari air bersama haiwan-haiwan yang lain.

Nyla menggunakan penglihatannya yang tajam. Sementara Paso menunjukkan jalan dilantai hutan. Akhirnya, mereka menemukan sebuah mata air kecil di dalam hutan yang masih mengalir.

Dengan penuh berhati-hati, Nyla dan haiwan-haiwan lain minum dari mata air tersebut. Paso merasa sangat gembira kerana semua haiwan disitu saling membantu ketika dalam kesusahan.

"Sekarang aku faham." ucap Nyla sambil menatap air yang mengalir.

"Kecantikan sejati memang bukan hanya pada penampilan, tetapi juga pada sikap dan perbuatan kita terhadap orang lain."

Paso tersenyum bangga. Nampaknya Nyla sudah faham apa itu kecantikan sejati.

Sejak itu, Nyla tidak pernah lagi bersikap sombong. Dia menjadi lebih baik dan berkawan dengan semua haiwan. Dia juga selalu membantu haiwan yang  dalam kesusahan. Mereka menjalin persahabatan yang erat dan saling mengajar satu sama lain tentang nilai-nilai hidup yang sejati.

Di hutan yang damai dan indah itu, kisah persahabatan antara Nyla dan Paso menjadi contoh bagi semua haiwan lain.

 

Tamat


Poskad istimewa untuk adik-adik.

 



Pengajaran

1. Kecantikan Sejati: Kisah ini mengajar bahawa kecantikan sebenar bukan sahaja dapat dilihat dari rupa fizikal, tetapi juga dari sikap dan tindakan seseorang. Nyla belajar bahawa kecantikan sebenar terpancar dari hati yang baik dan perbuatan yang murah hati.

2. Sikap Sombong dan Akibatnya: Sikap Nyla yang sombong menyebabkan dia berasa keseorangan apabila menghadapi kesukaran. Ia mengajar bahawa keangkuhan dan tidak menghormati orang lain boleh mengasingkan seseorang daripada bantuan dan sokongan yang diperlukan.

3. Harga Nasihat: Kura-kura jadian walaupun kelihatan sederhana, mempunyai kebijaksanaan yang mendalam. Kisah ini menekankan pentingnya mendengar nasihat mereka yang lebih bijak dan menghormati pengalaman orang lain.

4. Kerjasama dan Baik Hati: Apabila Nyla meminta maaf dan bersetuju membantu mencari air bersama-sama, ia menunjukkan nilai kerjasama dan kebaikan dalam mengatasi masalah.

5. Nilai Persahabatan: Persahabatan antara Nyla dan kura-kura jadian menggambarkan betapa pentingnya menyokong, menghormati dan belajar antara satu sama lain.

 

Jangan lupa follow 👇

Facebook :

https://www.facebook.com/share/reJvqyxJzt7n77VV/?mibextid=qi2Omg

 

Page : 

https://www.facebook.com/authorciciaida?mibextid=JRoKGi

 

Watpadd : 

https://www.wattpad.com/story/48512458?utm_source=android&utm_medium=link&utm_content=story_info&wp_page=story_details_button&wp_uname=Ciciaida

 

TikTok : 

https://www.tiktok.com/@author_ciciaida?_t=8nuAbyNpnqJ&_r=1  


Blog : Merak Yang Sombong & Kura-Kura Jadian


 HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau diubah suai dalam sebarang bentuk atau cara,sama ada secara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengarang atau penerbit.

 














No comments:

Post a Comment

Mesi, Pahlawan Semut Merah

DI dalam hutan yang subur dan hijau, terdapat sekumpulan  semut  Mesi yang sangat bersemangat dan rajin. Semut ini tinggal di dalam sarang ...